Bekas pensyarah, Mohd Faiz Md Shukor, 37, meluangkan masa dengan melukis ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Izdezi Studio, Bandar Baru Klang. foto MOHD ADZLAN, 19 OKTOBER 2020.

Dari seorang pensyarah ke guru peribadi kanak kanak istimewa, Mohd Faiz Md Shukor, 37, yang merupakan pensyarah di sebuah universiti swasta tempatan yang telah berkhidmat selama 7 tahun tekad untuk berhenti kerja demi mengajar kanak kanak istimewa ini menggunakan kaedah seni halusnya.

Akibat terkesan dengan kehadiran seorang kanak kanak istimewa di dalam kalangan keluarga, pensyarah jurusan Master dalam Fine Art & Technology (UiTM) mendapat inspirasi membuat satu kelas di Izdezi Studio yang bertapak di Bandar Baru Klang untuk mengajar antara dua anak murid istimewanya, Muhammad Hariz Naufal Mohd Faizal, 9 tahun yang mengidap penyakit dislexsia, dan Khalaf Shariq, 7, mengidap penyakit mild autism dengan menggunakan kaedah seni.

“Kena jadi macam mereka untuk kita lebih memahami, sabar, baru boleh mengajar, kalau tak emosi kita juga terganggu.”

Begitulah cabarannya bila ditanya ketika mengajar kanak kanak istimewa ini harus sentiasa bersabar, namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk mengajar kanak kanak istimewa ini dengan kaedah ‘Draw’, ‘Create’, ‘Play’, yang diterapkan di dalam kelasnya.

Pensyarah ini menggunakan pendekatan dengan memikirkan cara bagaimana mahu menceriakan kanak kanak ini bila sesi pembelajaran dimulakan supaya mereka berasa lebih selesa.

Cara mendekati kanak kanak ini juga harus betul, untuk mendapatkan kepercayaan mereka, bagi memudahkan proses pembelajaran. Dengan mengajar kanak kanak ini melukis, pensyarah ini yakin dapat membaik pulih kanak kanak istimewa ini dari segi kemahiran, menjadi lebih fokus, dan meningkatkan keyakinan diri untuk bersosial.

Setiap minggu pembelajaran mempunyai tema yang berbeza dari segi lukisan dan penceritaan lukisan tersebut untuk perkembangan minda mereka dari segi kemahiran berfikir dan kreativiti. Pembelajaran itu juga berbeza mengikut penyakit yang dihidapi kanak kanak tersebut. Ini berikutan setiap penyakit mempunyai perbezaan tersendiri, dan cara pendekatannya juga berbeza.

“Orang nampak seni itu remeh, seni boleh mengubah seseorang itu dengan menggunakan cara yang betul, mengajar anak istimewa ini kena ‘happy’, jadi mereka pun akan ‘happy’.”

Bekas pensyarah, Mohd Faiz Md Shukor, 37, sedang membuat satu kaedah pembelajaran sebelum mula megajar ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Izdezi Studio, Bandar Baru Klang. foto MOHD ADZLAN, 19 OKTOBER 2020.
Bekas pensyarah, Mohd Faiz Md Shukor, 37, sedang mengajar Muhammad Hariz Naufal Mohd Faizal, 9 tahun yang mengidap penyakit dislexsia cara cara mengeja ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Izdezi Studio, Bandar Baru Klang. foto MOHD ADZLAN, 19 OKTOBER 2020.
Bekas pensyarah, Mohd Faiz Md Shukor, 37, sedang melayan gelagat Khalaf Shariq, 7, yang mengidap penyakit mild autism ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Izdezi Studio, Bandar Baru Klang. foto MOHD ADZLAN, 19 OKTOBER 2020.
Bekas pensyarah, Mohd Faiz Md Shukor, 37, sedang memerhati lukisan Muhammad Hariz Naufal Mohd Faizal, 9, (kiri) yang mengidap penyakit dislexsia ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Izdezi Studio, Bandar Baru Klang. foto MOHD ADZLAN, 19 OKTOBER 2020.
Kanak-kanak istimewa, Khalaf Shariq, 7, (kiri) yang mengidap penyakit mild autism bermain bersama Muhammad Hariz Naufal Mohd Faizal, 9, yang mengidap penyakit dislexsia semasa waktu rehat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Izdezi Studio, Bandar Baru Klang. foto MOHD ADZLAN, 19 OKTOBER 2020.
Kanak-kanak istimewa, Muhammad Hariz Naufal Mohd Faizal, 9, (kanan) yang mengidap penyakit dislexsia bermain bersama Khalaf Shariq, 7, yang mengidap penyakit mild autism semasa waktu rehat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Izdezi Studio, Bandar Baru Klang. foto MOHD ADZLAN, 19 OKTOBER 2020.
Gelagat Muhammad Hariz Naufal Mohd Faizal, 9, yang mengidap penyakit dislexsia semasa melukis dalam satu sesi pembelajaranya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Izdezi Studio, Bandar Baru Klang. foto MOHD ADZLAN, 19 OKTOBER 2020.
Kelihatan Muhammad Hariz Naufal Mohd Faizal, 9, yang mengidap penyakit dislexsia tekun melukis mengikut imaginasinya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Izdezi Studio, Bandar Baru Klang. foto MOHD ADZLAN, 19 OKTOBER 2020.
Gelagat Khalaf Shariq, 7, yang mengidap penyakit mild autism ketika melukis dalam satu sesi pembelajaranya semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Izdezi Studio, Bandar Baru Klang. foto MOHD ADZLAN, 19 OKTOBER 2020.
Kelihatan Khalaf Shariq, 7, yang mengidap penyakit mild autism tekun melukis mengikut imaginasinya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Izdezi Studio, Bandar Baru Klang. foto MOHD ADZLAN, 19 OKTOBER 2020.
Kanak-kanak istimewa, Khalaf Shariq, 7, yang mengidap penyakit mild autism menunjukkan hasil lukisannya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Izdezi Studio, Bandar Baru Klang. foto MOHD ADZLAN, 19 OKTOBER 2020.
Kanak-kanak istimewa, Muhammad Hariz Naufal Mohd Faizal, 9, yang mengidap penyakit dislexsia menunjukkan hasil lukisannya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Izdezi Studio, Bandar Baru Klang. foto MOHD ADZLAN, 19 OKTOBER 2020.
Ibu bapa pelajar sedang menunggu anak anak mereka tamat sesi pembelajaran ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Izdezi Studio, Bandar Baru Klang. foto MOHD ADZLAN, 19 OKTOBER 2020.
Bekas pensyarah, Mohd Faiz Md Shukor, 37, berehat selepas tamat kelas ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Izdezi Studio, Bandar Baru Klang. foto MOHD ADZLAN, 19 OKTOBER 2020.