Paul Pogba

LONDON – Pemain Manchester United, Paul Pogba menafikan beliau akan meninggalkan pasukan kebangsaan Perancis berikutan kenyataan Presiden Emmanuel Macron yang menuduh Islam sebagai sumber keganasan antarabangsa.

Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFP) dilaporkan tidak mempunyai maklumat berkaitan perkara tersebut.

Beberapa sumber berita dari Timur Tengah mendakwa Progba  telah memeluk Islam dan mendakwa akan meninggalkan pasukan kebangsaan Perancis gara-gara kenyataan presiden itu.

Pogba dikatakan membantah keputusan kerajaan Perancis menganugerahkan penghormatan tertinggi kepada guru yang telah menunjukkan gambar Nabi Mohammad kepada muridnya sebelum dibunuh dalam satu serangan.

Samuel Paty, 47, diserang semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya yang terletak 40 kilometer dari Barat Laut Paris.

Macron menyifatkan pembunuhan guru sekolah itu sebagai serangan pengganas Islam dan menegaskan perpaduan dan ketegasan adalah satu-satunya jawapan kepada ketakutan terhadap keganasan Islam. – Agensi