Logo Lembaga Hasil Dalam Negeri

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Selangor, dan Pusat Khidmat Hasil (PKH) Hulu Langat masih ditutup sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Sementara itu, PKH di Nilai akan beroperasi dengan waktu operasi yang terhad sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Rentetan operasi terhad itu, Kaunter Setempat bagi perkhidmatan percukaian akan beroperasi kepada orang ramai mulai Isnin hingga Jumaat mulai jam 8 pagi hingga jam 1 tengahari.

Manakala Kaunter Duti Setem pula akan beroperasi dari Isnin hingga Jumaat juga ibermula jam 8 pagi hingga jam 1 tengahari.

Bagaimanapun khidmat penerimaan bayaran hanya akan dibuka sehingga jam 12 tengahari sahaja.

Dalam tempoh ini, Bahagian Komunikasi LHDN menerusi kenyataannya hari ini menasihatkan orang ramai supaya melakukan urusan percukaian dan lain-lain perkhidmatan secara dalam talian.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDN melalui HASiL Live Chat, Borang Maklum Balas di Portal rasmi LHDNM di pautan pantas https:// maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/: dan media sosial rasmi LHDN iaitu Facebook https://www.fcebook.com/LHDNM dan twitter – https://twitter.com/LHDNMoffcial.