Sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh dan 786 lagi cedera dikenalpasti dalam tragedi gempa bumi di Turki semalam.

ANKARA – Sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh dan 786 lagi cedera dikenalpasti dalam tragedi gempa bumi di Turki semalam.

Angka korban akibat gempa 7.0 magnitud yang melanda pantai barat Turki berdekatan Izmir terus meningkat.

Laporan agensi berita di negara berkenaan melaporkan selepas gegaran pertama, paras laut meningkat sebelum tsunami melanda daerah Seferihisar di barat Izmir meruntuhkan kawasan perumahan.

Akibat runtuhan bangunan juga menyebabkan debu menyelubungi kawasan terlibat dan menyukarkan tugas mencari dan menyelamat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast