Diago Dalot.

MILAN – Kehebatan Diogo Dalot memulakan karier cemerlangnya di AC Milan menyaksikan kelab itu berhasrat untuk membeli pemain itu secara tetap.

Namun berita buruknya buat AC Milan apabila pakar perpindahan bola sepak terkenal, Fabrizio Romano memberiathu Manchester United tidak berhasrat untuk menjual pemain itu.

Pemain kelahiran Portugal itu menyertai AC Milan pada awal musim 2020/2021 secara pinjaman dariUnited.

Dia masih belum beraksi dalam sebarang aksi Serie A namun menjadi pilihan utama untuk jurulatih Stefano Pioli ketika Milan bermain di Liga Europa.

Dalam aksi menentang Sparta Praha, Dalot menjaringkan satu gol dalam kemenangan 3-0 AC Milan.

Namun Romano mendakwa Dalot tidak akan dilepaskan ke Milan secara kekal oleh United.

“Dia hanya bergabung dengan Milan secara pinjaman. Manchester United enggan memasukkan pilihan pembelian kerana mereka percaya Dalot akan muncul sebagai pemain pertahanan kelas dunia di masa depan,” jelasnya.

Berdasarkan situasi semasa diUnited, amat sukar untuk Dalot menembusi slot pasukan utama.

Ini bukan pertama kali United mahu terus menyimpan pemain mereka dan situasai sama berlaku ke atas Chris Smalling akhirnya bek tengah itu dilepaskan secara tetap ke AS Roma. – MalaysiaGazette