Tengku Zafrul Abdul Aziz

KUALA LUMPUR – Empat orang wakil dari parti UMNO akan bertemu Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz hari ini (Ahad) untuk menyampaikan lebih daripada 130 syor berkaitan bajet rakyat.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dalam ciapan di laman Twitter berkata, syor-syor berkenaan dikutip dari rakyat akar umbi serta pimpinan pelbagai peringkat.

“Saya percaya input UMNO dapat membantu kerajaan PN membentangkan satu bajet rakyat dan bajet pemulihan ekonomi yang baik,” katanya tanpa menamakan empat wakil UMNO yang bertemu Tengku Zafrul esok.

Sebelum Menteri Kewangan mengadakan konsultasi secara maya bersama wakil rakyat pembangkang termasuk Timbalan Presiden Parti Warisan, Datuk Darell Leiking.

Beliau turut menerima kunjungan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berkongsi pandangan serta idea mengenai belanjawan 2021.

Selain wakil UMNO, pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan juga dijangka mengadakan pertemuan dengan Tengku Zafrul hari ini. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Inputs ini kalau ikhlas sudah diberikan masa awal awal. Najib knows the processes berkaitan bajet, dia lama jadi menteri kewangan n kewayangan. Nak sibuk sibuk sekarang untuk hanya dapat milestones tak payah lah. Lagipun nampak sangatlah banggang. Biarlah Finance Minister buat kerja dia.

Comments are closed.