Ketua UMNO Sabah Bahagian Kalabakan, Andi Muhammad Suryady Bandy memuat bakul makanan bagi diedarkan kepada penduduk Taman Semarak, Tawau.
Ketua UMNO Sabah Bahagian Kalabakan, Andi Muhammad Suryady Bandy memuat bakul makanan bagi diedarkan kepada penduduk Taman Semarak, Tawau.

KUALA LUMPUR – Sejumlah 4,000 bakul makanan telah diedarkan di Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Taman Semarak, Tawau sejak semalam.

Menurut Ketua UMNO Sabah Bahagian Kalabakan, Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, bantuan itu merangkumi 15,000 isi rumah yang terlibat ekoran arahan PKPD itu.

“Bantuan bakul makanan ini adalah sumbangan kerajaan negeri Sabah yang telah diurus oleh Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah Tawau.

“Sebanyak 4000 pek bakul makanan ini akan diagihkan secara beperingkat oleh Sekretariat jawatankuasa pengurusan bencana kepada semua ketua Isi rumah yang terdapat di PKPD Semarak,” kata Andi.

Kerja-kerja agihan bakul makanan itu turut dibantu oleh Pertubuhan Gerak Gempur Prihatin Kalabakan serta di kalangan belia dan anak muda Kalabakan.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda Aslan Fadli pula berharap agar percaya belia kini semakin aktif dan suka terlibat sama dalam aktiviti-aktiviti masyarakat terutama hal kebajikan.

“Pemuda UMNO Kalabakan berharap lebih banyak belia melibatkan diri dalam program-program kemasyarakatan seperti agihan Bantuan Bakul Makanan sepanjang PKP ini.

Ketua UMNO Sabah Bahagian Kalabakan, Andi Muhammad Suryady Bandy menyerahkan bakul makanan kepada penduduk Taman Semarak, Tawau.
Ketua UMNO Sabah Bahagian Kalabakan, Andi Muhammad Suryady Bandy menyerahkan bakul makanan kepada penduduk Taman Semarak, Tawau.

Untuk rekod, sejumlah 20,000 bakul makanan telah selesai diedarkan UMNO Kalabakan yang telah disumbangkan oleh kerajaan negeri Sabah.

Sebelum ini, kira-kira 50 penduduk Taman Semarak mengadakan demonstrasi di sebalik pagar kawat berduri yang dipasang mengelilingi kawasan kediaman mereka.

Dalam video demonstrasi tular itu, penduduk dilihat memakai topeng dan berdiri dengan menjaga jarak fizikal antara satu sama lain sambil meminta kerajaan memberi mereka akses kepada makanan dan bekalan.

Pada 24 Oktober lalu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob mengumumkan pelaksanaan PKPD di Taman Semarak serta Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Balung di Tawau membabitkan 4,266 rumah dan 21,470 penduduk, bagi membendung peningkatan kes Covid-19 di kawasan berkenaan. – MalaysiaGazette