Peminjam kategori B40 diberi pilihan penangguhan ansuran bulanan selama tiga bulan atau pengurangan ansuran bulanan sebanyak 50 peratus selama enam bulan dalam Bantuan Bayaran Bersasar.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Peminjam kategori B40 diberi pilihan penangguhan ansuran bulanan selama tiga bulan atau pengurangan ansuran bulanan sebanyak 50 peratus selama enam bulan dalam Bantuan Bayaran Bersasar.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz berkata, peminjam yang layak hanya perlu menghubungi bank untuk membuat pilihan opsyen dan menyempurnakan dokumentasi.

Manakala untuk peminjam golongan M40, proses permohonan bantuan bayaran balik pinjaman akan dipermudahkan, katanya semasa membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Tengku Zafrul, peminjam hanya perlu membuat pengisytiharan kendiri pengurangan pendapatan untuk mendapat bantuan bayaran bali.

Fleksibiliti ini akan berkuatkuasa Disember ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast