Datuk Mohd Razlan Rafii
Mohd Razlan Rafii

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii percaya rakyat kini sudah sedar dengan taktik lapuk Pakatan Harapan (PH) yang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan janji manis semata-mata.

Malah beliau tidak hairan jika janji manis itu sekali digunakan untuk meraih sokongan rakyat dan ia tidak sepatutnya tidak diulangi oleh pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang kini berada dalam Kabinet.

“Antara sebab rakyat pilih PH, adalah janji mereka, hapus PTPTN, hapus Tol dan pelbagai janji.

“Tak sampai enam bulan, rakyat benci PH sebab ditipu, pelbagai alasan PH beri! Jauhkanlah perangai PH suka berjanji ini dalam PN! Rakyat sudah belajar dengan janji manis ini,” ciapnya di Twitter miliknya, hari ini.

Semalam, portal FreeMalaysiaToday melaporkan Wan Ahmad Fayhsal menggesa bank melaksanakan penghapusan hutang secara bersasar, khasnya kepada golongan berpendapatan rendah di negara ini.

Menurut Wan Ahmad Fayhsal, gesaan untuk bank menghapuskan bayaran faedah dan hutang bukan perkara baharu kerana cadangan sama turut dibangkitkan di negara lain.

Katanya, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan institusi yang memiliki saham di bank mempunyai kewajipan sosial terhadap rakyat dan mereka perlu membuat pengorbanan. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. hapuskan hutang, supaya akan berhutang lebih banyak di kemudian hari, makan free la namanya… dasar pemalas

  2. Bila dah boros berbelanja dan pakai wang sehingga habis hakiki kerakusan nafsu tamak haloba harta benda akhirnya mahu lepas tangan pula atas kesalahan sendiri. Berani buat berani tanggung semua lah. Kalau mahu anak ramai pastikan mampu menyara kos sara hidup yang semakin naik. Semua pun mahu free mana boleh?

Comments are closed.