Ketua Jurulatih Negeri Sembilan, K Devan.

KUALA LUMPUR – Pengendali PJ City FC, K Devan mengingatkan barisan pemain untuk sentiasa memberi perhatian kepada tonggak utama lawan mereka, Terengganu FC yang pastinya tidak akan memberi laluan mudah pada perlawanan malam ini di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Lee Tuck, Dominique Da Sylva dan Faris Ramli antara yang perlu dikawal skuad PJ City dalam memastikan mereka tidak dibolosi selain perlu menggunakan apa sahaja ruang di hadapan mata untuk mencari jaringan.

Semestinya, Devan cukup mengharapkan musim ini akan berpihak kepada pasukannya untuk mara lebih jauh apatah lagi  perlu berdepan perlawanan pusingan pertama dengan format kalah mati yang menyaksikan peluang lebih terbuka untuk mana-mana pasukan sekalipun tidak kira bagaimana pencapaian mereka dalam saingan liga.

“Sekarang persiapan kami berjalan dengan lancar walaupun dengan cabaran tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sebelum ini.

“Cuma saya sentiasa ingatkan pemain saya, TFC mempunyai pemain yang mampu membahayakan pasukan kita dan untuk itu, kita tidak boleh beri sebarang peluang kepada mereka untuk menguasai perlawanan.

“Bagi saya, TFC adalah pasukan yang cukup baik dan kami memang tidak boleh pandang sebelah mata kemampuan yang mereka ada, jadi bagi saya, kami masih pasukan “underdog”, dan apa-apa pun pemain perlu berusaha untuk cuba mara sejauh mungkin”, katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast