by vice presidential nominee, Sen. Kamala Harris (D-CA), at The Queen theater on November 05, 2020 in Wilmington, Delaware. Biden attended internal meetings with staff as votes are still being counted in his tight race against incumbent U.S. President Donald Trump which remains too close to call. (Photo by Drew Angerer/Getty Images)

WILMINGTON, Del./WASHINGTON – Bakal Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden menyifatkan ini adalah waktu terbaik untuk seluruh rakyat Amerika Syarikat yang sedang berpecah untuk kembali bersatu.

Beliau membuat seruan tersebut ketika menyampaikan ucapan kemenangan meskipun Presiden Donald Trump enggan menerima keputusan berkenaan dan berkeras untuk menggunakan undang-undang mencabar keputusan pilihan raya presiden, lapor Reuters.

Kemenangan Biden di Pennsylvania menyebabkan beliau melepasi ambang 270 undi Electoral College yang diperlukan beliau untuk merampas kerusi Presiden.

Kemenangan tersebut sekali gus mengakhiri penantian cemas selama empat hari.

“Rakyat negara ini telah bersuara.

“Mereka telah menghantar mesej kemenangan yang jelas dan ini adalah kemenangan yang menyakinkan,” katanya di hadapan para penyokong beliau di Wilmington, Delaware.

Ahli parti Demokrat itu berikrar untuk menyatukan semula negara dan berusaha untuk memerangi pandemik Covid-19 selain membina semula kemakmuran ekonomi negara, memberikan penjagaan kesihatan yang baik kepada keluarga AS serta menghapuskan rasisme.

“Kepada para penyokong Presiden Trump, saya memahami kekecewaan anda semua malam ini.

“Saya juga telah beberapa kali kalah tetapi buat masa ini, marilah kita bersama-sama memberikan peluang kepada satu sama lain.

“Inilah masanya untuk kita mengenepikan retorik yang buruk, meredakan suhu politik, melihat dan mendengar semula di antara satu sama lain.

“Inilah masanya untuk menyembuhkan Amerika,” katanya.- Agensi