Fazley dan Azrene berkahwin pada tahun 2007.

KUALA LUMPUR – Pelakon pelakon dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mengakui tidak mudah untuk mempertahankan rumah tangga dibina bersama isteri Datin Azrene Ahmad.

Menerusi satu perkongsian, Fazley berkata, dia dan isteri pernah diduga dan diuji namun dengan izin Allah, mereka mampu mengatasinya serta rumah tangga yang dibina masih teguh berdiri dan menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-14 tahun baru-baru ini.

“Syukur ke hadrat Ilahi, 7 November 14 tahun yang lalu kami telah disatukan. Pelbagai onak duri, duka dan duka (bukan suka duka) dan airmata yang mengalir. Namun Allah tetap izinkan kita untuk terus berdiri teguh mempertahan masjid yang satu ini.

“Moga iman kita semakin kukuh, tiang agama kita semakin utuh, dan anak-anak kita yang empat orang tu membesar dengan tersedianya ilmu dunia dan terpatrinya ilmu akhirat sentiasa,” tulisnya.

Sementara itu, lebih menyentuh hati netizen apabila Fazley mendedahkan ketika mereka berkahwin isterinya dalam keadaan sehelai sepinggang.

Bapa kepada empat anak itu turut memberitahu isterinya banyak berkorban dan tetap setia disisinya.

“Terima kasih di atas pengorbanan ‘adik sayang’ selama ini. I am who I am today because of you. Adik menjadi isteri abang dalam keadaan sehelai sepinggang.

“Dan abang sendiri sampai tiada apa lagi yang tinggal akhirnya, namun Allah tetap memberi harta kasih dan sayang berpanjangan. Biar kita miskin harta namun kekal kaya kasih dan sayang,” tulisnya.

Sementara itu, Fazley dan Azrene berkahwin pada tahun 2007 dan perkahwinan itu penuh kontroversi apabila ibu Azreen tidak merestuinya.

Mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 11, Ahmad Fieradz Shah, 10, Ahmad Firudz Shah, 8, dan Alayna Selma yang kini berusia dua tahun tujuh bulan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast