Nik Khatijah Nik Mud strangled IKRAM murder Selangor Criminal Investigation Department Chief, Senior Assistant Commissioner Datuk Fadzil Ahmat
Selangor Criminal Investigation Department Chief, Senior Assistant Commissioner Datuk Fadzil Ahmat

KUALA LUMPUR – Polis hari ini mengesahkan pendakwaan terhadap empat pengarah syarikat di mahkamah di Selayang hari ini kerana didapati mencemarkan Sungai Kundang di Rawang, Selangor.

Perkara itu disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat yang mana tiga lelaki dan seorang wanita itu akan didakwa di bawah Seksyen 25(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

“Ini adalah kes ketiga dituduh Jabatan Siasatan Jenayah Selangor sejak September lepas. Siasatan dan pertuduhan akan terus diambil bagi memastikan pengingkar dibawa ke muka pengadilan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kesemua mereka juga akan turut didakwa di bawah Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63 kerana mengambil pekerja asing tanpa izin.

Dalam pada itu, lapan warganegara Myanmar yang ditahan itu akan didakwa di bawah Seksyen 39(b) akta sama kerana tidak memiliki permit kerja sah.

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 memperuntukkan denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pencemaran bau di Sungai Kundang, Lembangan Sungai Selangor dan Sungai Langat dikesan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bulan lalu justeru itu berjaya mengelakkan gangguan air di Lembah Klang.

Siasatan awal mendapati pencemaran bau itu berpunca daripada aliran lebih 10 ton bahan biodiesel disyaki dari kawasan perindustrian Kundang Jaya. – MalaysiaGazette