Suruhanjaya Sekuriti

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengingatkan orang ramai berhubung surat derma palsu yang kononnya dikeluarkan oleh “Badan Kebajikan Thalassemia Malaysia (944520K)” yang meminta sumbangan dengan secara palsu menamakan Pengerusi SC sebagai penasihatnya.

Penipu itu juga telah menyamar sebagai pegawai pengurusan kanan SC ketika membuat panggilan untuk memohon sumbangan.

SC telah membuat laporan polis mengenai surat palsu tersebut kerana tidak membuat sebarang permohonan sumbangan daripada orang ramai.

Individu yang telah menerima sebarang permohonan sumbangan yang kononnya untuk atau bagi pihak SC atau mana-mana pegawainya, hendaklah segera menghubungi Pejabat Pelanggan dan Pelabur SC di [email protected] atau hubungi 03 – 6204 8999 untuk mengesahkan dan melaporkan perkara tersebut. – MalaysiaGazette