Gambar Hiasan. foto AFFAN FAUZI, 28 OKTOBER 2020

PUTRAJAYA – Sebanyak 869 kes positif Covid-19 dan 725 kes pulih sepenuhnya dilaporkan dalam tempoh 24 jam sehingga jam 12 tengahari ini.

Berikutam itu jumlah kumulatif positif kes positif meningkat kepada 42,050 kes manakala jumlah kumulatif adalah sebanyak 30,304 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sabah mencatatkan kes sembuh tertinggi iaitu 356 diikuti Selangor (160), Negeri Sembilan (46), Wilayah Persekutuan Labuan (45), Pulau Pinang (29), Kedah (21 kes) dan Johor (19).

“Selain itu Sarawak (19 kes); Terengganu (13 kes); Perak (7 kes);WP Kuala Lumpur & Putrajaya (4 kes); Pahang (3 kes); dan Kelantan (3 kes),” katanya pada sidang media harian Covid-19 di sini hari ini.

Menurut Dr. Noor Hisham, Sabah masih menyumbang kes positif paling banyak dengan 397 kes atau bersamaan 45.7 peratus daripada keseluruhan kes positif pada hari ini.

“Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan sebanyak 258 kes, 28 kes berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara.

Sehingga kini katanya, terdapat 82 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang mana 27 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, beliau mengesahkan sebanyak enam kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan virus itu di Malaysia berjumlah 300 kes. -MalaysiaGazette