Thursday, October 14, 2021
Home Utama Tanah runtuh di Tambun, dua dikhuatiri tertimbus

Tanah runtuh di Tambun, dua dikhuatiri tertimbus

Usaha-usaha menyelamatkan mangsa sedang giat dijalankan.
KUALA LUMPUR – Dua individu dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di kawasan Banjaran Hot Spring, Tambun, Perak awal pagi ini.
Kejadian dipercayai berpunca daripada hujan lebat berterusan di kawasan tersebut.
Astro Awani melaporkan, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 1.28 pagi.
Menurut kenyataan awal JBPM Perak, setibanya di tempat kejadian mereka mendapati berlaku tanah runtuh dan dipercayai dua mangsa tertimbus.
Kerja-kerja menyelamat sedang dijalankan.
Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette