Suhaimi (tiga dari kanan) bertanyakan sesuatu kepada seorang penduduk ketika membuat lawatan ke kawasan yang terjejas bekalan air di Selangor

KUALA LUMPUR – Sebanyak 599 kawasan yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual dijangka pulih sepenuhnya pukul 3 petang esok.

Manakala, sebanyak 680 kawasan lagi akan pulih sepenuh pukul 3 petang pada Jumaat, kata Ketua pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Suhaimi Kamaralzaman.

“Kami di Air Selangor faham kerisauan dihadapi pengguna dalam mendapatkan bekalan air bersih terutama sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.

“Justeru, kita akan terus berusaha untuk memberi bantuan bekalan air melalui 111 lori tangki air ke premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis serta kawasan perumahan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bantuan bekalan air alternatif juga disediakan di 14 pili air awam dan 17 Pusat Khidmat Setempat bagi membantu pengguna terjejas.

Tambahnya, air dibekalkan kepada pengguna juga melalui ujian kualiti dan pematuhan berdasarkan kepada tatacara Kementerian Kesihatan serta disahkan tiada bau oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

“Kami juga kecewa dengan pencemaran yang kerap berlaku kerana ia menjadi punca loji terpaksa ditutup dan secara langsung beri impak kepada pengguna.

Justeru, kami sokong usaha pihak berkuasa untuk banteras jenayah alam sekitar agar sungai tidak terus tercemar,” ujarnya.

Bagaimanapun, Air Selangor menasihatkan pengguna yang sudah mendapat bekalan air agar menggunakannya secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan berjalan lancar seperti dijadualkan. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Apa rancangan jangka masa panjang, jangka masa KONTOT MB Selangor puppet DAP ni? Rakyat nak tahu? Tak kan hanya berharap kepada projek legasi orang2 terdahulu je?

    Dah lama sangat ni? masa duduk goyang2 sambil makan gaji buta telah lama berakhir?

Comments are closed.