KUALA LUMPUR – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menerima sumbangan wang zakat sebanyak RM250,000 daripada pihak Kumpulan Bank Pembangunan Malaysia Berhad, baru-baru ini.

Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Wira Dr. Raha Abdul Rahim berkata, UTeM amat terharu dengan kerjasama hebat dan keprihatinan yang dizahirkan oleh Kumpulan Bank Pembangunan Malaysia Berhad dalam aspek bantuan dan kebajikan khusus buat golongan pelajar UTeM di sini.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UTeM, Profesor Madya Dr Nurulfajar Abd Manap pula memaklumkan sumbangan wang zakat ini akan disalurkan kepada golongan pelajar yang memerlukan bagi menampung perbelanjaan pengajian mereka.

Katanya, bagi melancarkan pengagihan sumbangan ini maka Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTeM akan menguruskan pemberian zakat ini terus kepada pelajar yang layak.

Transaksi pemindahan wang zakat tersebut kepada pihak UTeM telah pun disempurnakan baru-baru ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast