Antara barang yang dipercayai digunakan untuk kegiatan pelacuran pada Ops Noda di Bandar Puteri, Puchong, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 10 NOVEMBER 2020

SERDANG – Menggunakan aplikasi WhatsApp untuk menempah pelacur asing sebelum tiba ke premis maksiat itu disusuli pengecaman wajah serta pengesahan pilihan disusuli bayaran beserta kepuasan.

Itu merupakan modus operandi yang digunakan dua warga tempatan menawarkan perkhidmat seks wanita asing.

Premis haram yang disyaki beroperasi sejak beberapa bulan lalu yang terletak di Bandar Puteri Puchong itu diserbu Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang malam tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, hasil maklumat orang awam pasukanya mula mengintip premis itu sejak jam 4 petang semalam sebelum diserbu pada jam 8 malam.

“Hasilnya seramai lapan wanita warga asing iaitu terdiri daripada empat wanita Thailand, dua wanita Indonesia dan dua lagi Vietnam berusia antara 24 hingga 36 tahun ditahan manakala dua lelaki tempatan yang menguruskan premis itu turut dicekup.

“Soal siasat terhadap penjaga mengakui premis berkenaan memang melakukan khidmat urut disamping khidmat seks dengan menyediakan wanita warga asing.

“Para wanita juga mengakui mereka sedang menunggu pelanggan yang ditempah menrusi aplikasi WhatsApp untuk penawaran khidmat urut diikuti kepuasan seks,” katanya malam tadi.

Antara wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan pada Ops Noda di Bandar Puteri, Puchong, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 10 NOVEMBER 2020

Menurut Razali, hasil serbuan, polis berjaya merampas 21 kondom, beberapa gulung tisu, botol gel pelincir yang digunakan untuk melakukan maksiat.

Penjaga premis tersebut berusia 34 tahun mengakui setiap pelanggan dikenakan bayaran RM150 hingga RM200 sekali khidmat, ujar beliau.

Tambah Razali, modus operandi mereka adalah dengan menyebarkan nombor telefon wanita itu kepada kenalannya untuk memancing pelanggan.

Pelanggan yang memerlukan khidmat seks akan diberikan senarai nombor pelacur menerusi aplikasi WhatApp sebelum mengesahkan tempahan.

“Kemudian pelanggan akan hadir ke premis sebelum dibawa mengikut laluan biasa ke atas dan pelacur akan dibawa mengikut pintu rahsia dan dibariskan untuk pengecaman wajah yang ditempah dalam WhatsApp disusuli bayaran pelanggan sebelum turun bersama pelacur pilihan ke bilik khusus di tingkat satu untuk memulakan aksi seks.

“Kami nyaris memecahkan pintu ketika risikan dan serbuan tadi kerana mereka tidak mahu membukanya bagaimanapun pegawai kita berjaya menyusuri pintu belakang premis haram ini sebelum membuka pintu depan dan menyerbu mereka.

“Kesemua yang ditahan akan dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutnya dan dua penjaga tempatan akan dibawa ke balai untuk direman dan disoal siasat untuk mendapatkan dalang utama di sebalik tabir maksiat disusuli tindakan Akta Pencegahan Jenayah (POCA),” ujar beliau.

Kesemua lapan wanita asing akan diambil tindakan di bawah Seksyen 39B Akta Imigresen kerana bekerja tanpa premit yang sah manakala dua penjaga premis warga tempatan akan diambil tindakan mengikut Seksyen 55B akta yang sama kerana menggaji warga asing tanpa dokumen sah.

Pemeriksaan lanjut polis mendapati premis ini tidak mempunyai lesen perniagaan untuk beroperasi dan akan diambil tindakan pemotongan elektrik dan air. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Eloklah diperkemaskan dahulu undang2 dan kadar hukuman yang lebih ketat sepertimana yang didesak rakyat terhadap pemandu mabuk!

    InsyaAllah akan berjaya! Jom hapuskan pemerdagangan manusia!

Comments are closed.