Gambar hiasan.

JELEBU – Seorang lelaki yang merupakan suspek kes bunuh bapanya, direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Jelebu DSP Maslan Udin berkata permohonan reman ke atas suspek berusia 35 tahun itu, dibuat di hadapan Majistret Rahimah Rahim di Mahkamah Majistret Jelebu di sini hari ini.

Katanya kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam insiden 9.30 pagi semalam, seorang lelaki berusia 59 tahun maut selepas ditikam oleh anak lelakinya sendiri dalam kejadian di Kampung Simpang Pertang, di sini dipercayai akibat perselisihan faham.

Suspek yang kemudiannya melarikan diri dengan menaiki motosikal bagaimana pun berjaya ditahan polis kira-kira 20 minit selepas kejadian.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast