Ejen kereta terpakai telah melakukan penipuan dengan mengutip RM1,800 sebagai yuran pemeriksaan Puspakom daripada pelanggan, sedangkan yuran yang dikenakan hanyalah RM90.

KUALA LUMPUR – Seorang kakitangan Puspakom Kota Kinabalu telah disahkan positif Covid-19 dan kini sedang mendapatkan rawatan dan dikuarantin di sebuah hospital kerajaan.

Sehubungan itu, proses pengesanan kontak juga sedang dijalankan dan semua kakitangan cawangan juga akan diuji, sementara mereka yang berhubung secara langsung dengan pesakit tersebut telah diarahkan untuk menjalani kuaratin selama 14 hari.

Puspakom telah mengambil langkah menutup cawangan di Kota Kinabalu serta-merta berkuatkuasa hari ini, 21 November 2020 untuk melakukan proses sanitasi dan pembersihan secara menyeluruh.

Menurutnya, pembukaan semula Puspakom Kota Kinabalu akan dimaklumkan kelak.

”Pihak kami akan mendapatkan nasihat dari Jabatan Pengangkutan Jalan berkaitan kelonggaran pembaharuan permit untuk kenderaan yang tamat tarikh pemeriksaan dalam tempoh
Puspakom Kota Kinabalu ditutup.

Bagi pelanggan yang mempunyai temujanji di Puspakom Kota Kinabalu, semua bayaran tempahan pemeriksaan yang telah dibuat akan dipulangkan secara automatik. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast