Foto Instagram Alif Satar.

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pengacara, Alif Satar meluahkan rasa syukur apabila isterinya, Sha Dila Halid dan tiga anaknya tidak dijangkiti wabak pandemik Covid-19.

Menerusi Instagam miliknya, Alif, 30, yang berkongsi berita itu berkata, isteri dan anak-anaknya akan menjalani kuarantin di rumah  selama dua minggu.

“Allah kabulkan doa kalian semua… Alhamdulillah, isteri dan anak-anak Alif bebas Covid-19 dan akan dikuarantin di rumah selama dua minggu.

“Alif terima ribuan mesej dan kata-kata positif melalui Instagram dan Whatapps dan Alif ucapkan terima kasih atas doa kalian, ” tulisnya.

Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar memaklumkan, dia didapati positif Covid-19 selepas menjalani ujian calitan di Hospital Melaka pada Ahad lalu.

Sehari kemudian, pengurus Alif, Adlina Abu Bakar mengesahkan ibu, bapa dan adik penyanyi Lelaki Seperti Aku itu turut positif Covid-19.

Alif turut memohon maaf atas segala kesulitan ini dan meminta semua mendoakan dia diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah SWT.

Alif dan Sha Dila mendirikan rumah tangga pada September 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Alisha Anugerah, 5, Ariana Mecca, 3, dan Muhammad ‘Ali yang kini berusia satu tahun. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Alif Satar positif Covid-19

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast