Dr. Radzi Jidin

KUALA LUMPUR – Perancangan teliti yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan (KPM) dalam memperkasakan bidang pendidikan negara akan terkesan sekiranya Belanjawan 2021 tidak diluluskan.

Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Radzi Jidin berkata, untuk belanjawan kali ini pihaknya memperuntukan RM800 juta bagi penyelenggaraan sekolah dan bukan sekolah bagi memastikan semua pelajar mendapat persekitaran yang selesa ketika sesi persekolahan dibuka pada tahun depan.

Katanya, KPM melihat keperitan yang dialami warga sekolah ketika musim Covid-19 di mana bilik darjah tidak boleh digunakan akibat bocor sejak bertahun-tahun ekoran akibat tidak diselenggarakan.

“Jika dulu, satu kelas boleh memuatkan 40 pelajar tetapi ketika Covid-19 pelajar tersebut perlu dipecahkan kepada dua kumpulan bagi tujuan penjarakn fizikal.

“Di sini timbul isu mereka tidak boleh menggunakan fasiliti terbabit ekoran tidak diselenggara dengan sempurna. Lebih memeritkan kos penyelenggaran meningkat apabila fasiliti itu tidak diselenggara bertahun-tahun,” katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat peruntukan Belanjawan 2021 di sini hari ini.

Radzi menjelaskan, KPM berharap belanjawan itu diluluskan agar proses penyelenggaran di sekolah dapat dilakukan secepat mungkin.

“Sedih bila nak jawab soalan jika belanjawan tidak diluluskan ini kerana yang akan terkesan adalah anak-anak kita. Jadi sama-sama kita berdoa agar ia diluluskan.

“Kita mahu bila sekolah buka nanti anak-anak mendapat persekitaran yang selesa bagi meneruskan pembelajaran tambahan pula, kita tidak tahu keadaan pada Januari depan Covid-19 masih ada atau tidak,” ujarnya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai perancangan sekiranya sekolah dibuka di zon hijau, Radzi memberitahu, pihaknya ada membuat kajian tentang perkara itu.

Bagaimanapun katanya, langkah itu agak sukar kerana terdapat juga jangkitan di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Kalau Covid ini kenal zon, warna ia lebih mudah untuk kita. Kalau Covid nampak zon hijau dan dia tak masuk its going to be a lot easier for us. Tapi kita tak tahu,” ujarnya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Kah kah kah…bodoh punya menteri..kalau nak belanjawan diluluskan, pinda draf belanjawan tu…gunakan duit JASA tu utk pendidikan anak2, benarkan moratorium automatik dan KWSP utk tujuan persekolahan…kerajaan yg pentingkan diri sendiri menyababkan belanjawan tidak diluluskan…jgn salahkan org lain plak bebal

Comments are closed.