TERKINI : Hanya Mangsa Banjir Bergejala Akan Jalani Ujian Covid-19 – Dr Noor Hisham

Saringan ujian Covid-19 kepada mangsa banjir di Pusat Penempatan Sementara (PPS) hanya akan dibuat sekiranya perlu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Jelas beliau, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melakukan ujian saringan sekiranya terdapat bangsa banjir di PPS yang menunjukkan gejala.

“Hanya individu yang mempunyai gejala akan disaring KKM,” katanya ketika sidang media perkembangan Covid-19 di sini hari ini.