Sejarah ITM (sekarang UiTM) awal 1970an hingga 1975, menyaksikan graduan yang cukup hebat dan ramai berjaya dalam pelbagai bidang.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR- Universiti Teknologi Mara (UiTM) menegaskan tidak ada pensyarah sambilan akan ditamatkan seperti dilaporkan sebuah portal berita berbahasa Inggeris semalam.

Naib Canselornya, Prof Mohd Azraai Kassim menyifatkan laporan bertajuk “UiTM re-assesses 600 part-time lecturers after fundingcut” sebagai salah tafsir dan mengelirukan pelbagai pihak.

Menurut beliau, pengambilan pensyarah sambilan di UiTM untuk setiap semester berdasarkan kepada keperluan program dan subjek setiap fakulti.

“Justeru jumlahnya berbeza-beza pada setiap semester,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Oleh itu, laporan yang mengatakan UiTM memberhentikan pensyarah sambilan adalah tidak tepat dan amat dikesali.

Mohd Azraai menjelaskan kenyataan bertulis  UiTM kepada portal berita itu, (kami) sama sekali tidak menyentuh isu berkaitan pemotongan bajet universiti.

Berikutan, isu pemberhentian pensyarah sambilan tidak timbul sama sekali.

Katanya, UiTM sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi yang prihatin dengan pembangunan serta operasi universiti, malah ia proses berterusan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast