Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan beliau mengeluarkan kenyataan bersedia meletakkan jawatan sekiranya gagal menolak Belanjawan 2021 pada peringkat jawatankuasa.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan beliau mengeluarkan kenyataan bersedia meletakkan jawatan sekiranya gagal menolak Belanjawan 2021 pada peringkat jawatankuasa.

“Tindakan tidak bertangungjawab ini jelas dibuat bagi mencetuskan kekeliruan pelbagai pihak,” kata kenyataan pejabat Ketua Pembangkang itu hari ini.

Sebelum itu, tular di media sosial satu kenyataan yang didakwa dari Anwar yang menggesa semua pihak dalam Pakatan Harapan (PH) supaya tidak gusar dengan kegagalan mereka menolak belanjawan 2021 di Parlimen baru-baru ini.

Dalam kenyataan palsu itu, Anwar kononnya mahu semua pihak melupakan kekhilafan PH kerana tidak bangun untuk undi belah bahagi.- MalaysiaGazette

3 Komen

  1. masih ada yang mahu percaya lagi dgn hikayat anwar yang pada HAKIKAT lebih TEMBERANG MENIPU sikap MUNAFIKUNN

  2. palsu pulak dah. aku ingat nak tunggu sampai seminggu nak tengok anwar jadi pm atau muhyidin jatuh jawatan. tapi baik juga kalau anwar letak jawatan pun. orang lain ramai lagi yang muda2 bijak pandai. supaya ph selamat atau ph bubar.

Comments are closed.