Edinson Cavani.

LONDON – Penyerang prolifik Manchester United, Edinson Cavani dilpaorkan bakal berdepan hukuman dari Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) setelah didakwa menggunakan istilah perkauman dalam tulisannya di media sosial.

Ini kerana sejurus perlawanan bertemu Southampton awal pagi tadi, Cavani yang memuat naik foto aksinya di akaun Instagramnya yang menerima banyak ucapan tahniah dari semua peminat.

Namun, Cavani membalas ucapan dari peminatnya dengan menggunakan istilah Sepanyol “negrito” yang bermaksud “hitam”.

Cavani dikatakan telah memadam tulisan tersebut di akaun peribadi miliknya.

Untuk rekod, isu sama pernah berlaku pada Luis Suarez dengan Patrice Evra pada tahun 2011.

Bekas pemain Liverpool itu akhirnya didenda £ 40,000 dan dijatuhkan hukuman larangan bermain lapan perlawanan.

FA telah mengulas mengenai isu ini dan menurut laporan Sky Sports, FA dipercayai menjalankan siasatan untuk menyiasat perkara itu.

FA mengeluarkan peraturan menjelang musim ini yang melarang bahasa dan tingkah laku diskriminatif dan perkauman di media sosial.

Sekiranya seseorang melanggar, mereka akan mendapat hukuman minimum tiga perlawanan tanpa beraksi.

Musim lalu Bernardo Silva dari Manchester City dan Dele Alli dari Tottenham digantung satu perlawanan setelah melanggar peraturan FA. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast