Irfan Bakti

KUALA LUMPUR – Kuching City mengesahkan pelantikan bekas pengendali Terengganu FC, Irfan Bakti Abu Salim selaku ketua jurulatih baharu pasukan itu untuk musim 2021.

Berita itu itu diumumkan presiden kelab tersebut dalam sidang media sebentar tadi.

Irfan yang berusia 69 tahun merupakan jurulatih terbaik kebangsaan 2011.

Dia pernah mengakui dijemput Kuching FA dua bulan lalu untuk mengadakan perbincangan.

Irfan pernah melatih beberapa kelab bola sepak dalam Liga Malaysia antaranya Kelantan, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Telekom Melaka serta pernah menjadi penolong jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.

Dia juga pernah memegang jawatan ketua jurulatih kelab bola sepak Indonesia iaitu Persatuan Sepak Bola Indonesia Jayapura atau ringkasnya, Persipura Jayapura selama dua tahun.

Selepas itu dia kembali ke Liga Malaysia untuk menjadi jurulatih Terengganu bermula pada tahun 2009 dan kemudiannya menjadi jurulatih Felda United. – MalaysiaGazette