Jentera pendaki prob penyelidikan angkasa lepas China, Chang'e-5 berjaya bercantum dengan roket pengorbit pada 5.42 pagi Ahad di orbit bulan.

BEIJING – Jentera pendaki prob penyelidikan angkasa lepas China, Chang’e-5 berjaya bercantum dengan roket pengorbit pada 5.42 pagi Ahad di orbit bulan.

Sejurus bercantum, sampel yang dikutip dari bulan oleh jentera itu sebelum ini, turut dipindahkan dengan lancar ke roket pengorbit berkenaan pada 6.12 pagi.

Ia mencatat kejayaan pertama China dalam misi percantuman kapal angkasa lepas di orbit bulan.

Berbanding dengan misi seumpama yang membabitkan kapal angkasa Shenzhou dan makmal angkasa lepas Tiangong-2 pada jarak ratusan kilometer di orbit bumi sebelum ini, misi kali ini cukup mencabar kerana dilakukan di lokasi lebih jauh iaitu beratus ribu kilometer dari Bumi.

Terkini, roket pengorbit berkenaan, turut berjaya berpisah dengan jentera pendaki prob pada 12.35 tengah hari Ahad.

Roket berkenaan akan terus mengorbit bulan dan menunggu detik sesuai untuk kembali ke Bumi.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast