Saarani Mohamad

KUALA LUMPUR – Bilangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak yang menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad sebagai calon Menteri Besar Perak yang baharu kini sudah mencecah 30 orang.

Daripada jumlah itu, kesemua 25 ADUN mewakili UMNO dikatakan sudah menandatangani SD.

Keputusan itu dikatakan diketahui dalam mesyuarat UMNO Perak  petang tadi.

Ini bermakna sokongan kepada ADUN Kota Tampan sudah boleh membolehkan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sudah boleh membentuk kerajaan namun bilangan lebih stabil masih diperlukan.

Sebelum itu, Saarani pada sebelah pagi dalam kenyataannya berkata, apa jua keputusan parti berhubung penubuhan kerajaan negeri perlu mengambil kira kepentingan rakyat.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Zambry, Saarani disebut-sebut bakal MB Perak baharu

8 Komen

  1. Baguslah Zahid mmasa keciik dulu jual aiskrim dgn bapa angkat Cina dia. kerjasama dengan Cina DAP. Curi duit bagi tanah Melayu 1000 tahun kepada rakyat Cina yang datang ke Tanah Melayu…

  2. Datuk Saarani Mohamad memang sesuai kerana sebagai bekas cikgu mempunyai kepimpinan dalam menerajui sebuah negeri dan memastikan perpaduan semua rakyat tanpa mengira Agama atau bangsa / kaum

  3. PAS juga perlu sokong untuk MB baru perak diatas konsesus muafakat nasional dan PN demi kepentinganrakyat negeri perak ini.

Comments are closed.