Friday, December 13, 2024
Home Politik Presiden UMNO, Bersatu, Pas bersemuka, krisis Perak diselesaikan hari ini – Ahmad...

Presiden UMNO, Bersatu, Pas bersemuka, krisis Perak diselesaikan hari ini – Ahmad Maslan

Pertemuan tiga presiden UMNO, Pas dan Bersatu di Parlimen terlibat perbincangan yang dijangka menyelesaikan krisis Perak petang ini.Foto: Twitter Datuk Seri Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Kemelut pelantikan Menteri Besar Perak dijangka selesai sepenuhnya hari ini, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Ia susulan pertemuan tiga pihak antara Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen hari ini.
Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian turut berkongsi gambar yang menunjukkan pertemuan antara tiga pemimpin utama itu.
Ahmad Maslan semasa pertemuan dengan Takiyuddin Hassan, Zahid Hamidi dan Hadi Awang di Parlimen berhubung krisis Perak bagi mencapai penyelesaian hari ini.Foto: Twitter Datuk Seri Ahmad Maslan

“Saya yakin tiga presiden termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin berjaya selesaikan isu Perak,” katanya demikian dalam ciapan itu.

Beliau turut memuat naik gambar gambar pertemuan tiga presiden itu di parlimen di dalam twitter beliau. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast