KUALA LUMPUR – Public Bank Bhd menafikan penglibatannya dalam usaha sama dengan G Capital Bhd untuk menubuhkan sebuah bank perdagangan baharu di Kemboja.

Dalam satu kenyataan hari ini, Public Bank menjelaskan, Datuk Phan Ying Tong yang terlibat dalam usaha itu bertindak atas kapasitinya sendiri kerana beliau telah mengundurkan diri daripada semua jawatannya di dalam bank ini.

Phan telah melepaskan kedudukannya sebagai Ketua Operasi Serantau Indo-China Public Bank.

Susulan peletakan jawatan Phan, beliau bukan lagi mewakili bank ini, kata Public Bank.

Semalam, G Capital mengumumkan telah menandatangani perjanjian dengan Phan dan firma E S Packaging Co Ltd untuk bersama-sama menjalankan usahasama menubuhkan Oriental Bank Plc. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast