M. Saravanan

KUALA LUMPUR – Peruntukan RM1.28 bilion untuk Kementerian Sumber Manusia diluluskan di peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat hari ini.

Ia tidak berdepan dengan sebarang bantahan oleh ahli-ahli Parlimen.

Ia menjadikan peruntukan untuk 21 kementerian sudah diluluskan di Dewan Rakyat setakat ini.

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, ia diluluskan dengan undian suara majoriti.

“Lebih suara bersetuju,” katanya.

Peruntukan sebanyak RM1.28 bilion dalam Belanjawan 2021 yang terdiri daripada RM823 juta untuk perbelanjaan mengurus dan RM464 juta bagi perbelanjaan pembangunan itu lulus tanpa melalui undian belah bahagi.

Ia diluluskan selepas 10 ahli Parlimen mengambil bahagian membahas, sebelum penggulungan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk M. Saravanan.- MalaysiaGazette