Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kiri) berbincang sesuatu bersama Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (kanan) ketika hadir ke sesi Dialog bersama media di Pejabat Agung Pas, Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 13 DISEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Pihak yang mencabar keabsahan Perikatan Nasional (PN) gagal membuktikan bahawa kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mempunyai majoriti.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sehingga kini pihak yang mencabar keabsahan kerajaan PN masih gagal membuktikan perkara itu.

“Sehingga hari ini mencabar yang mencabar (keabsahan) masih gagal. Sama ada undi peringkat dasar atau peringkat jawatankuasa kita menang.

“Dalam demokarasi, walaupun menang satu undi, tetapi tetap boleh menjalankan tugas. Walaupun satu undi, tetap menang,” katanya pada sesi dialog bersama media di ibu pejabat parti itu di sini, hari ini.

Pada 14 Oktober lepas, Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menafikan dakwaan bahawa Perdana Menteri menghalang usul undi tidak percaya terhadapnya.

Azhar berkata, berdasarkan rekod Dewan Rakyat sebelum ini, usul yang sama pernah dikemukan dan tidak dihalang, namun, tidak sempat dibahaskan disebabkan susun atur aturan mesyuarat.

Katanya, dakwaan yang menyatakan bahawa Perdana Menteri tidak membenarkan usul tidak percaya dibahaskan dengan cara menyenaraikan di penghujung senarai kertas Aturan Urusan Mesyuarat harian adalah tidak benar.

Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah Pada 23 November, menghantar “surat cinta” kepada ahli Parlimen supaya menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai dakwaan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperoleh sokongan 10 Ahli Parlimen UMNO bagi membentuk kerajaan Hadi berkata, itu bukan perkara baru bahkan, sebelum ini Anwar pernah mendedahkan yang dia memiliki jumlah yang lebih besar.

“Ini bukan yang pertama (dakwaan memiliki majoriti), kita perlu berita yang sebenarnya (sahih), kita tak perlu terkapai-kapai

“Dulu bukan 10, 120 (ahli Parlimen) kita tunggu berita sahih,” tambahnya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. ketua MUNAFIK NEGARA…meneruskan agenda MUNAFIKnya…TENGOK Dan Dengar sini saya anwar ibrahim INGIN bagitau tuan-tuan SAYA 130 NOMBOR EKOR KEPALA utk dipersembahkan..SAYA ulang saya ulang …TRAGEDI OKTOBER menghantui TERUS MENGENCING YDPA dan rakyat hingga akhir Hayat., PUNAH H arapan

    itu bukan perkara baru bahkan, sebelum ini Anwar pernah mendedahkan yang dia memiliki jumlah yang lebih besar.
    “Ini bukan yang pertama (dakwaan memiliki majoriti),

Comments are closed.