MANILA – Dua anggota kanan dan 13 pengikut kumpulan militan Abu Sayyaf menyerah diri kepada pihak berkuasa di selatan Filipina pada hujung minggu, kata tentera.

Laporan Divisyen Infantri ke-11 yang berpengkalan di Sulu mengenalpasti mereka sebagai Alvin Yusop (Arab Puti) dan Barahim Nurjahar.

Kedua-duanya merupakan bekas kumpulan yang diterajui pemimpin kanan kumpulan Abu Sayyaf, Radulan Sahiron yang telah terbunuh dan Hatib Hajan Sawadjaan.

Sahiron dan Sawadjaan disenaraikan dalam senarai pengganas global Amerika Syarikat (AS).

Yusof didakwa terlibat dalam operasi penculikan dan dia merupakan salah seorang yang dikehendaki oleh pihak berkuasa Malaysia kerana pembabitkan dalam jenayah rentas sempadan di Zon Selamat Timur Sabah. (Esszone).

Pemerintah Briged ke-1102, Brigadier Jeneral Ignatius Patrimonio berkata, keluarga Yusof meyakinkannya untuk menyerah diri selepas ibunya diserang angin ahmar.

“Dia (Yusof) juga mahu berubah untuk kehidupan yang lebih baik demi empat orang anaknya,” kata Patrimonio.

Sementara itu, Nurjahar yang menganggotai kumpulan yang dipimpin Sawadjaan telah diburu sejak sekian lama didakwa mengetuai penculikan kakak Datuk Bandar Sulu, kata Pemerintah Briged ke-1101, Kolonel Antonio Bautista.

“Kehadiran tentera kerajaan menyebabkan Nurjahar keluar dari kubu kuatnya dan menyebabkan dia kelaparan.

“Menyedari kesusahan yang dihadapinya tidak masuk akal, dia menghampiri kumpulan serpihan Barisan Pembebasan Islam Moro, Jikri yang kemudian menyerahkannya kepada kami untuk menyerah diri,” kata Bautista.

“Dia (Nurjahar) akan menghadapi prosiding perundangan dan kini sanggup untuk bekerjasama dengan tentera kerajaan,” tambah beliau.

Selain itu, dua anggota kanan kumpulan Abu Sayyaf yang menyerah diri ialah Muarip Adja (dikenali Arip) dan Hatimil Adja (dikenali Timmir).

Timmir dilaporkan bersama Sawadjaan semasa dia meningal dunia akibat kecederaan ketika bertempur dengan tentera pada Julai lalu.

Pemerintaha Divisyen Infantri 111 diketuai, Mejar Jeneral William Gonzales berkata, mereka yang menyerah diri akan didaftarkan dalam program kendalian kerajaan.

Semalam polis turut menahan pemimpin kumplan Abu Sayyaf, Hado Faisal Abdulkarim yang dikehendaki kerana membunuh pegawai polis di sebuah kampung pada 2014 dan membakar beberapa buah rumah di wilayah Basilan pada 2004.

Laporan Polis Nasional Filipina (PNP) menyatakan Abdulkarim ditangkap dalam operasi menentang keganasan yang dilakukan oleh Kumpulan Risikan PNP dan Pasukan Tindakan Khas PNP di Barangay Matata, Basilan pada jam 2 pagi.

Abdulkarim menggantikan pemimpin kumpulan Abu sayyaf di Basilan, Furuji Indama yang terbunuh dalam operasi ketenteraan pada Oktober lalu. – MalaysiaGazete