Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap pada sidamg media khas diiringi Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Tengku Hamzah di Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 14 DISEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini duduk semeja dengan Tengku Razaleigh Hamzah menggesa agar Ahli-ahli Parlimen menolak bacaan kali ketiga Belanjawan 2021.

Menurut beliau, langkah itu penting kerana kerajaan pentadbiran Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat goyah.

“Kalau 222 Ahli Parlimen negara ini sayang kepada negara, mereka jangan pilih parti. Jangan pilih untuk diri sendiri tapi pilihan untuk negara.

“Saya harap cukup Ahli Parlimen yang memikirkan tentang negara ini pulih. Kita nak lihat kerajaan yang tidak dipaksikan kepada apa yang kita dapat tapi sebaliknya apa yang kita boleh sumbang kepada kemajuan negara” katanya dalam sidang media di Yayasan Al-Bukhari, hari ini.

Menurut beliau, Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2021 akan dibacakan kali ketiga esok.

Kedua-duanya berkata, gesaan itu bagi memcerminkan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak mempunyai majoriti yang kukuh.

Malah katanya kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga lemah dan tidak mementingkan amanah rakyat.

Dalam pada itu, Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh berkata, Ahli Parlimen mempunyai penilaian samada menolak dan digantikan dengan kerajaan yang lebih kukuh.

“Ada kemungkinan esok, apabila mereka mengundi untuk bacaan kali ketiga belanjawan itu, maka ada kemungkinan Kerajaan akan jatuh” katanya.

Dalam sidang media sama, Tengku Razaleigh berkata, mereka berdua sedia untuk bekerjasama memimpin kerajaan jika kerajaan PN tumbang, esok.

Kata Tengku Razaleigh, kerajaan yang terumbang-ambing memberikan isyarat kurang baik kepada pelabur luar negara.

“Saya percaya, bahawa kerajaan yang ada sekarang ini kerajaan yang tak absah. Oleh kerana itu, kerajaan ini tidak begitu stabil.

“Apabila kerajaan tidak stabil, kata Tun tadi majoriti dua undi, tak ada siapa akan menaruh kepercayaan kepada keadaan bukan saja politik tapi ekonomi.

“Kalau kedudukan terumbang-ambing, tak ada siapa nak melabur. Tukaran asing menjunam dan dengan tukaran asing begitu buruk tak ada siapa nak bawa duit ke dalam negara ini,” katanya. – MalaysiaGazette

7 Komen

  1. Oleh sebab Tun dah keluar statement yg beliau tak perlu setia kepada Anwar, jd rasanya esok hanya Tun dan Ku Li sahaja yg akan bangun tolak bajet PN. So, dont worry. Anwar tak akan sekongkol dengan Tun esok. Tiada faedah bg Bang Non.

  2. Seronok lihat drama gelagat pemimpin UMNO dan bekas UMNO berebut kuasa. Yang dalam UMNO bergusti sesama sendiri, yang dah tercampak keluar pun tak kurang hebatnya…..yang macam dah tak releven pun nak jadi releven balik.!!!!!????

  3. @Salehuddinhafiz. Yang buat presscon 2 atok pencen, apa kena mengena dengan UMNO? Kalau nak jilat apek DAP pun tak payah lah nak kutok2 UMNO sampai mati

Comments are closed.