Gambar Datuk Seri Najib Razak bersama Jho Low yang pernah tular satu masa dahulu yang dikaitkan dengan 1MBD.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab persoalan kenapa beliau tidak pernah memuat naik gambarnya bersama Jho Low di atas kapal yang sebelum itu tular di media sosial.

Menurut bekas Perdana Menteri (PM) itu, perkara sebenar ia sudah diberitahu dalam mahkamah dan dalam buku Billion Dollar Whale.

“Semalam, ada rakyat yang tanya kenapa saya tak muat naik gambar saya dengan Jho Low di atas kapal?

“Okay saya upload sekarang tapi nak tanya: Jika Raja Arab Saudi baru beritahu kamu dia nak buat joint-venture antara Arab Saudi dengan Malaysia melalui syarikat milik anak dia dan anak dia jemput kamu untuk naik kapal untuk bincang, adakah kamu akan sambut jemputan itu?” soalnya dalam hantaran Facebooknya hari ini.

Najib juga menafikan andaian ramai perbicangannya di atas kapal itu untuk ‘merompak’ 1MDB.

“Ramai rakyat fikir gambar ini diambil diatas kapal Equanimity milik Jho Low: Salah! (Sebelum media melapor, saya tak pernah tahu wujudnya kapal Equanimity dan tak penah naik kapal itu).

“Ramai rakyat juga hanya nampak saya dengan Jho Low dalam gambar ini tapi entah kenapa pernah nampak individu di antara kita dan tak pernah tanya siapa dia.

“Individu itu adalah Putera ke-7 Raja Arab Saudi, Raja Abdullah. Dia putera yang paling disayang Raja Abdullah masa itu,” katanya.

Putera Turki juga adalah timbalan gabenor dan seterusnya, gabenor wilayah Riyadh – iaitu wilayah terbesar Arab Saudi.

“Jika Raja Abdullah tak sayang Putera Turki, dia tak lantik Putera Turki jadi gabenor wilayah terbesar Arab Saudi yang mengandungi ibu kota Arab Saudi,” katanya lagi.

Pada bulan Julai 2009 selepas beliau menjadi PM, beliau dijemput untuk bertemu dengan Raja Abdullah di Arab Saudi.

“Di sana, meeting kita yang sepatutnya 30 minit telah dilanjutkan ke 75 minit oleh Raja Abdullah.

“Baginda luahkan hasrat dia untuk memperluaskan kerjasama antara negara Arab Saudi dengan Malaysia termasuk untuk melahirkan syarikat joint-venture dalam pelbagai bidang.

“Lalu Putera Turki melalui Jho Low yang jemput saya naik kapal pada bulan Ogos untuk bincang hasrat ayahanda dia.

“Kapal itu bernama Alfa Nero. Ini bukan kapal Equanimity yang disalah sangka ramai. Di atas kapal tersebut, kita bincang tentang kerjasama ekonomi antara kedua negara kita termasuk kerjasama antara syarikat petroleum milik dia PetroSaudi dengan 1MDB,” katanya.

Seminggu selepas itu, Putera Turki tulis surat rasmi di atas kepala surat Diraja Arab Saudi kepada Najib untuk teruskan hasrat tersebut.

“Lalu, saya hantar surat tersebut kepada syarikat 1MDB untuk mereka kaji. Itulah ceritanya.

“Ramai tak tahu cerita sebenar ini sebab perbicaraan mahkamah kes saya tidak dilapor dengan betul oleh media perdana dan tidak dibuat siaran langsung secara live semasa PH bermaharajalela.

Menurut Najib, kerajaan tidak mengalami kerugian dalam kerjasama 1MDB dengan PetroSaudi sebab segala pelaburan itu telah dibeli dan dijamin oleh syarikat IPIC milik kerajaan Abu Dhabi beberapa tahun kemudian.

“Itu adalah jaminan rasmi bertulis tetapi selepas PRU-14, kerajaan PH tak teruskan untuk tuntut jaminan tersebut dari kerajaan Abu Dhabi.

“Rakyat yang mahu fitnah saya kononnya saya pernah kata saya tak kenal Jho Low,” ujarnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

8 Komen

  1. yg tak puas hati dgn keterangan najib ni, bg saya adalah mereka yg x dpt menerima kebenaran, tetapi lbh mempercayai fitnah dan hasutan.

  2. Rasa2 rakyat Malaysia boleh saman ke kerajaan PH yg tumbang sebab telah menipu rakyat selama 22 bulan?…

  3. Kahkahkah.. Dulu ckp lain skrng ckp lain….yg pasti ko dh kantoi jibby…krjaan PH dan skrng PNipu terpaksa mnngong hutang 1MDB yg hng buat jibby…x sia2 aku ngundi PH.. Sememangnya mmg benar ckp TUN dan abah cow masa kempen pilihanraya lepas… TqTun

  4. Memang tak sia² undi PH sebab boleh bertahan cuma 22 bulan sebab kianat sesama sendiri.. Lagi teruk bekas banduan liwat dan salahguna kuasa ada hati nak jadi PM.. Tahun depan tunggu lagi 16 september… Mana tahu boleh lingkup terus

  5. Abang Ajib yg MAHASUCI…. CAKAP MU SEMUA BETUL… ENKAULAH pejuang sejadi KAK MAH….. HEHEHE… BUKAN PEJUANG KAMI

  6. Penyokong Anwar Tun dan DAP Amanah semua suka cerita rekaan dan cerita tipu daya.
    Telah terbukti di mahkamah pun tidak mahu percaya bagi kes 1MDB.
    Kes SRC tu macam kes cerita Tamil, cerita kedai kopi dan rekaan ( hearsay) boleh jatuh hukum, tanpa suspek utama SRC dan Jho Low. Kalau di USA dah lama kena buang kes.
    Kasihan betul dengan penyokong Anwar, Amanah dan DAP, berbakul2 & bertahun2 maki hamun Tun tapi hujung2 jilat balik Mahafiraun dan Penyamun Tersohor Malaysia.
    GILA kuasa dan kurang cerdik rupa2nya…..

Comments are closed.