Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Covid-19 cases
Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 429 kluster telah dilaporkan aktif termasuk tiga kluster baharu dikesan hari ini, kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata, jumlah kluster yang telah tamat adalah sebanyak 236 kluster termasuk enam yang tamat hari ini.

Jelasnya, kluster tersebut adalah Kluster Benteng PK, Kluster Kapas BJ, Kluster Garden, Kluster Bah Tropicana, Kluster Bah Bercham dan Kluster Mentari.

“Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 193 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 41 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini.

“Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Penjara Jalan Harapan sebanyak 98 kes, Kluster Jalan Rusa (57 kes), dan Kluster Bintang adalah 50 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham menambah, terdapat tiga kluster baharu yang telah dikenal pasti di dua negeri iaitu Kluster Jalan Rusa yang melibatkan daerah Cheras di Kuala Lumpur.

Tambah beliau, kluster kedua adalah Kluster Tapak Bina Pasifik di daerah Lembah Pantai juga di Kuala Lumpur.

“Kluster ketiga adalah Kluster Maringkan melibatkan daerah Telupid dan Ranau di Sabah,” katanya. – MalaysiaGazette