Gambar hiaan

KUALA LUMPUR – Data Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) Kebangsaan menunjukkan negeri Selangor kini menghampiri zon merah sepenuhnya apabila lapan daripada sembilan daerahnya berada dalam zon itu, semalam.

Hanya daerah Sabak Bernam yang masih dikategorikan sebagai zon jingga dengan 26 kes positif Covid-19 dicatatkan di daerah itu.

Daerah Klang mencatatkan kes positif Covid-19 tertinggi dengan 3,677 kes diikuti daerah Hulu Langat dengan 1,847 manakala daerah Petaling dengan 1,106 kes.

Lima lagi daerah iaitu Gombak 626, Kuala Selangor 237 kes, daerah Sepang 193, Kuala Langat 149 dan Hulu Selangor dengan 59 kes positif Covid-19.

Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula masih mencatatkan semua mukimmya berada di zon merah.

Antaranya Lembah Pantai dengan 1,917 kes, 279 Kepong, 353 Cheras dan 432 di Titiwangsa.

Negeri Sabah masih mencatatkan zon merah tertinggi dengan 12 daerah dimana Kota Kinabalu (1,045), Lahad Datu (811), Sandakan (454), Tuaran (396), Penampang (375), Tawau (393), Putatan (95), Kota Belud (71), Kudat (68), Papar (86), Keningau (48), dan Semporna (51).

Sementara itu, tedaapt satu zon hijau di Sabah iaitu Nabawan dengan tiada kes positif Covid-19 direkodkan.

Pulau Pinang masih mencatatkan tiga daerahnya berada di zon merah iaitu Timur Laut 263 kes, Barat Daya 250 dan Seberang Perai Selatan dengan 49 kes.

Johor pula mencatatkan lima zon merah dengan Batu Pahat (404), Johor Bahru (533), Muar (77), Kulai (83) dan Kluang dengan 43 kes.

Perak dan Kedah masing-masing mempunyai dua zon merah di Hilir Perak 756, Kinta 99 kes dan Kulim 59 kes serta Kota Setar 54 kes.

Di Negeri Sembilan iaitu di Seremban 1,465 kes dan dua zon merah di Pahang iaitu di Bentong dengan 380 kes dan Kuantan dengan 59 kes.

Negeri Perlis kembali kepada negeri hijau apabila tidak kes positif Covid-19 direkodkan, semalam.

Manakala di Kelantan, dan Terengganu tidak mempunyai sebarang zon merah malah dan Sarawak pula menghampiri negeri bebas Covid-19 dimana hanya mencatatkan dua kes positif Covid-19 iaitu di Sibu.

Berlainan dengan Melaka, negeri itu kembali mencatatkan zon merah di Jasin dengan 109 kes positif Covid-19. – MalaysiaGazette