Foto Instagram Uqasha Senrose.

KUALA LUMPUR – ┬áPelakon, Uqasha Senrose, 28, menerima lamaran pelakon yang kekasihnya, Kamal Adli, 34, yang membuat kejutan sewaktu tampil berpasangan menjadi penyampai pada Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020) di Putrajaya malam tadi.

Aksi itu berlaku secara spontan di mana Kamal melutut dan bertanya sama ada Uqasha sudi berkahwin dengannya.

Jawapan ‘ya’ disambut spontan oleh Uqasha dalam keadaan malu-malu sebelum Kamal menghadiahkan sebentuk cincin buatnya.

“Uqasha Senrose, sudikah awak menjadi isteri saya?

“Awak ni sedang ‘promote’ drama baharu kita ke?” tanya Uqasha yang nyata terkejut dengan lamaran berkenaan.

Terdahulu, pasangan pelakon yang hangat digosipkan bercinta itu dikatakan sudah menghadiri kursus perkahwinan pada sekitar Oktober lalu.

Kamal dan Uqasha dikatakan mula akrab sejak membintangi drama Setelah Terlafaznya Akad arahan Michael Ang, tahun lalu.

Hubungan itu terserlah apabila Kamal pernah memuat naik hantaran di Instagram dengan kapsyen tertera bowling atau dating?’ bersama foto mereka, beberapa bulan sebelum itu.

Selain itu, Uqasha juga dilihat beberapa kali menemani Kamal menghadiri acara membabitkan ahli keluarga. Pada majlis sambutan hari jadi Uqasha yang ke-28 lalu, Kamal menjadi antara tetamu yang memeriahkan majlis. – MalaysiaGazette