Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjalankan tugas untuk mengambil tujuh orang warga asing yang disyaki positif Covid-19 untuk dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menjalani rawatan lanjut ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar jalan Pudu, Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 17 DISEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Sebanyak empat kluster baharu yang dikenalpasti oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

Kluster pertama melibatkan sebuah kilang di Kuala Langat, Selangor yang dinamakan sebagai Kluster Kebun Baru.

Seramai 580 individu telah disaring, di mana 95 kes disahkan positif Covid-19.

Seterusnya kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah adalah Kluster Sungai Burong di Kuala Selangor.

“Kluster ini (iaitu kes ke-91410) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) dan telah dilaporkan positif Covid-19 pada 19 Disember 2020.

“Sehingga 24 Disember 2020, 28 daripada 167 individu yang telah disaring positif Covid-19,” katanya.

Ketiga Kluster Tapak Bina Jalan Tun di Lembah Pantai dan keempat Kluster Jalan Pandan.

“Kluster Jalan Pandan ini melibatkan daerah Lembah Pantai, Cheras, Kepong, dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Gombak, Petaling, Kuala Selangor dan Hulu Langat di Selangor.

“Sejumlah 165 individu telah disaring, di mana 30 kes telah dikesan positif Covid-19,” tambahnya.

Dalam pada itu KKM turut mengisytiharkan enam kluster tamat hari ini iaitu Kluster Kasir, Kluster Tomher MC, Kluster Utama, Kluster Rengas, Kluster Mampulut dan Kluster Haven.

Sehingga kini ujar Noor Hisham, sebanyak 262 kluster yang telah tamat.-MalaysiaGazette