Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan

REMBAU- Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kunjungan kapal tentera dari China ke Pelabuhan Pulau Pinang adalah perkara biasa dan tidak perlu diperbesar.

Beliau berkata situasi yang menyaksikan kapal perang dari negara seperti Australia, United Kingdom, Perancis, Jepun atau China berlabuh di Malaysia adalah perkara biasa dalam hubungan diplomatik dua hala atau pelbagai hala.

“China merupakan negara terbesar rakan dagang kita, nombor satu, selama 15 tahun… jadi ia bukan sesuatu yang menghairankan atau luar biasa,” katanya.

Mohamad berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada warga emas, ibu tunggal dan rumah ibadat sempena Deepavali 2024  di Dewan Orang Ramai Rantau di sini hari ini.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata permohonan berhubung kunjungan delegasi China terbabit ke sebuah sekolah persendirian di Pulau Pinang juga telah dibuat secara rasmi kepada kementerian berkaitan.

— BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast