JAKARTA – Presiden Indonesia, Prabowo Subianto mengumumkan pelantikan Suahasil Nazara sebagai Menteri Kewangan yang baharu menggantikan Purbaya Yudhi Sadewa, hari ini.
Beliau membuat pengumuman tersebut di Istana Presiden, di sini sambil menyatakan Suahasil yang merupakan Timbalan Menteri Kewangan sejak 2019 akan berkhidmat sehingga penggal 2024-2029 tamat.
“Saya memutuskan untuk melantik Prof. Suahasil Nazara sebagai Menteri Kewangan dalam Kabinet Merah Putih bagi baki penggal 2024-2029,” katanya semasa mengumumkan rombakan Kabinet sebaik pulang dari India.
Untuk rekod, Purbaya hanya sempat berkhidmat sebagai Menteri Kewangan selama setahun. Beliau dilantik menggantikan Sri Mulyandi Indrawati pada 8 September tahun lepas.
Dalam pada itu, Suahasil, 55, mempunyai pengalaman luas dalam dasar fiskal di Kementerian Kewangan.
Sebelum dilantik sebagai Menteri Kewangan, beliau berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Kewangan dan mengetuai Agensi Dasar Fiskal kementerian itu.
















