Operasi menyelamat mangsa terhidu gas kumbahan IWK di Pantai Dalam.

KUALA LUMPUR- Tiga pekerja kontraktor pembersihan di loji kumbahan Indah Water Konsertium (IWK), Pantai Dalam dekat sini meninggal dunia selepas terhidu gas dari loji berkenaan.

Menurut Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, PgB Muhammad Ridhwan Kamarulzaman, dua orang mangsa berjaya menyelamatkan diri sebelum pasukan bomba tiba manakala seorang lagi telah diselamatkan dan sedang mendapatkan rawatan di hospital.

Mayat salah seorang mangsa yang berjaya dikeluarkan oleh bomba.

Katanya, jentera bomba tiba di lokasi kejadian pada jam 2.50 petang selepas menerima laporan terdapat enam lelaki yang merupakan kontraktor pembersihan telah mengalami masalah pernafasan akibat terhidu gas daripada loji kumbahan tersebut ketika melakukan kerja-kerja pembersihan.

“Tiga orang mangsa yang telah meninggal dunia berjaya dinaikkan pasukan PPDA bomba dan seterusnya dilaksanakan proses dekontaminasi oleh pasukan HAZMAT sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, gas yang ada di dalam loji itu masih lagi dalam siasatan. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.