Paderi, Rev. A. James Ravindren bersiap untuk ke upacara sembahyang pada malam sambutan Hari Natal di kediamannya di Jalan Tanjung, Seputeh, Kuala Lumpur. foto AFIQ HAMBALI, 25 DISEMBER 2020.

Penganut beragama Kristian akan meraikan sambutan Hari Natal buat pertama kalinya dalam norma baharu berikutan penularan wabak pandemik Covid-19.

Bagi paderi Gereja Tamil Methodist Kuala Lumpur, James Ravindren berkata, kemeriahan sambutan Hari Krismas tahun ini pasti berbeza kerana peluang menziarahi ahli keluarga dan sahabat agak terhad.

“Pada tahun lalu seramai 500 orang penganut beragama Kristian akan berhimpun bagi upacara sembahyang di gereja, manakala pada tahun ini hanya 150 orang dibenarkan berhimpun kerana mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Tahun ini saya meraikan sambutan Hari Natal bersama ahli keluarga di rumah dan saya berharap pada tahun hadapan negara kita akan pulih dari wabak Covid-19,” katanya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.

Tinjauan Lensa Malaysia Gazette di sekitar Jalan Bukit Bintang mendapati sambutan pada tahun ini tidak lagi semeriah seperti tahun-tahun lalu.

Tiada lagi orang bermain semburan buih, tiada lagi konsert nyanyian dan tiada lagi lautan manusia di sekitar jalan tersebut.

Namun begitu, masih ada yang berhimpun bersama sahabat handai atau ahli keluarga bagi menanti detik jam 12 malam untuk meraikan Sambutan Hari Natal.

Paderi, Rev. A. James Ravindren bersama isterinya sebelum ke upacara sembahyang pada malam sambutan Hari Natal di kediamannya di Jalan Tanjung, Seputeh, Kuala Lumpur. foto AFIQ HAMBALI, 25 DISEMBER 2020.
Penganut beragama Kristian hadir ke gereja untuk upacara sembahyang pada malam sambutan Hari Natal di Gereja Tamil Methodist, Kuala Lumpur. foto AFIQ HAMBALI, 25 DISEMBER 2020.
Penganut beragama Kristian mula hadir ke gereja pada jam 7.30 malam bagi upacara sembahyang pada malam sambutan Hari Natal di Gereja Tamil Methodist, Kuala Lumpur. foto AFIQ HAMBALI, 25 DISEMBER 2020.
Penganut beragama Kristian mengikut Prosuder Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan ketika hadir bagi upacara sembahyang pada malam sambutan Hari Natal di Gereja Tamil Methodist, Kuala Lumpur. foto AFIQ HAMBALI, 25 DISEMBER 2020.
Paderi, Rev. A. James Ravindren berdoa ketika upacara sembahyang pada malam sambutan Hari Natal di Gereja Tamil Methodist, Kuala Lumpur. foto AFIQ HAMBALI, 25 DISEMBER 2020.
Paderi, Rev. A. James Ravindren melakukan persiapan terakhir bersama kakitangan gereja sebelum upacara sembahyang pada malam sambutan Hari Natal di Gereja Tamil Methodist, Kuala Lumpur. foto AFIQ HAMBALI, 25 DISEMBER 2020.
Penganut beragama Kristian berdoa ketika upacara sembahyang pada malam sambutan Hari Natal di Gereja Tamil Methodist, Kuala Lumpur. foto AFIQ HAMBALI, 25 DISEMBER 2020.
Paderi, Rev. A. James Ravindren bersama ahli keluarganya pada malam sambutan Hari Natal di kediamannya di Jalan Tanjung, Seputeh, Kuala Lumpur. foto AFIQ HAMBALI, 25 DISEMBER 2020.
Orang awam berkumpul untuk meraikan hari natal pada malam sambutan Hari Natal di sekitar Kuala Lumpur. foto AFIQ HAMBALI, 25 DISEMBER 2020.