Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Nasional, Senator Aiman Athirah Al-Jundi bercakap pada sidang media mengenai Memorandum Awan Nasional Kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan di Wisma Amanah Negara, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 14 FEBRUARI 2020.

KUALA LUMPUR – Langkah Sheraton yang berlangsung pada 23 Februari tahun ini akan dikenang sebagai langkah yang merosakkan demokrasi negara.

Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN), Senator Aiman Athirah Al-Jundi berkata, langkah yang digerakkan oleh beberapa pemimpin kerajaan ketika itu adalah peristiwa paling keji dalam sejarah politik Malaysia.

“Kemunculan Langkah Sheraton dan beberapa sosok tubuh politikus keparat semuanya akan dikenang sebagai pengkhianatan paling keji yang pernah wujud dan merosakkan demokrasi dalam sejarah Malaysia. Pelbagai agenda Islam akhirnya terbantut akibat pengkhianatan kelompok yang sangat kemaruk kuasa ini.

“Sepanjang tempoh 22 bulan Pakatan Harapan memimpin pentadbiran negara banyak kejayaan yang terhasil daripada reformasi pentadbiran yang komited dilakukan oleh pentadbiran meskipun dalam keadaan ekonomi global yang sangat lembab,” katanya dalam ucapan perasmian Konvensyen Wanita Amanah di Melaka, hari ini.

Aiman Athirah mendakwa kerajaan yang dibina sekarang tidak berjaya untuk menunjukkan keabsahan mereka di Dewan Rakyat malah menggunakan jalan mudah dengan memohon pengisytiharan darurat daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Kegagalan membuktikan sokongan mereka majoriti di Parlimen dan kepada pelbagai kelemahan lain seperti kelemahan dalam menguruskan ancaman pada Covid-19, ketidakupayaan menyelamatkan ekonomi rakyat khususnya pekerjaan.

“Kerajaan juga ternyata gagal menyelamatkan negara daripada krisis kesihatan dan krisis ekonomi dan bukan sahaja tidak mampu merancang akan rancangan konstruktif ke hadapan yang lebih berkesan malah sebaliknya cuba mencari jalan mudah dengan memohon darurat daripada Yang di-Pertuan Agong semata-mata untuk mengekalkan kuasa,” katanya lagi.

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) hilang kuasa apabila tidak lagi mempunyai majoriti untuk membentuk Kerajaan Pusat susulan keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan 11 Ahli Parlimen PKR keluar gagasan itu.

Ia sekaligus membolehkan kerajaan yang baharu, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin diangkat sebagai kerajaan dan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri pada 29 Februari. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. P unah H arapan teruskan pakatan mengencing

    SYUKUR kami tidak terlibat dgn Tabung haram pan…fitnah berjela duit hanya ada rm 450juta semasa mentadbir kononnya sudah disonglap..tergila2 nak HAPUSkan PENCEN PA..mansuhkan DAN kecilkan PA segala subsidi BRIM nelayan ibu tunggal pelajar dn siswa .MUNAFIK dalam manifesto TIADA lagi Hutang peneroka FELDA..ptptn..mansuh tol pendidikan percuma ..petrol Petronas boleh MURAH dan TURUN semua hebat dari RAFIZI..dan KEMARUK jadi PM dari anwar GILAAA
    P unaH H araPAN telah berusaha mencuri ahli-Ahli Parlimen parti-parti kerajaan dan telah berusaha meminta ahli-ahli Parlimen parti-parti kerajaan tidak hadir ke Parlimen untuk menjatuhkan PN….P unah H arapan berkokok berDERAI2 TAPI ekor penuh TAHI dan kencing.

  2. SYUKUR kami tidak terlibat dgn Tabung haram pan…fitnah berjela duit hanya ada rm 450juta semasa mentadbir kononnya sudah disonglap..tergila2 nak HAPUSkan PENCEN PA..mansuhkan DAN kecilkan PA segala subsidi BRIM nelayan ibu tunggal pelajar dn siswa .MUNAFIK dalam manifesto TIADA lagi Hutang peneroka FELDA..ptptn..mansuh tol pendidikan percuma ..petrol Petronas boleh MURAH dan TURUN semua hebat dari RAFIZI..dan KEMARUK jadi PM dari anwar GILAAA

    bait2 dari mantan KETUA PEMUDA PAS JOHOR/MSIA …spt kacang lupakan kulit …habis madu sepah di buang,,hanya berjaya ketika diangkat jadi mp kubang kerian dulu..

    P unaH H araPAN telah berusaha mencuri ahli-Ahli Parlimen parti-parti kerajaan dan telah berusaha meminta ahli-ahli Parlimen parti-parti kerajaan tidak hadir ke Parlimen untuk menjatuhkan PN.

Comments are closed.