Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Covid-19 cases deaths Malaysia
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,594 kes positif Covid-19 baharu telah direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat jam 12 tengah hari tadi.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Hisham Abdullah, angka itu sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan ketika ini mencecah 106,690 kes.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula ialah sebanyak 20,643 kes dengan 108 kes positif sedang dirawat di unit rawatan rapi manakala 53 memerlukan bantuan pernafasan.

“Hari ini jumlah kes Covid-19 yang sembuh ialah 1,181 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya adalah 85,592.

“Daripada jumlah kes baharu terdapat 3 kes import yang mendapat jangkitan luar negara manakala penularan Covid-19 dalam negara pula adalah 1,591 kes ,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, sebanyak tiga kematian hari ini menjadikan jumlah kumulatifnya sebanyak 455 atau 0.43 peratus.

“Mangsa yang meninggal itu dua daripadanya dari Selangor (wanita) manakala seorang lagi lelaki dari Sabah,” ujarnya. 

Selangor sebanyak dua kes, satu dari Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur satu kes dan satu lagi di Negeri Sembilan,” ujarnya. – MalaysiaGazette