Idris Ahmad

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu ada pelan B dan perancangan kewangan, jika unjuran kesihatan awam yang terjejas akibat pandemik Covid-19 masih tidak reda.

Ahli Dewan Negara, Senator Idris Ahmad berkata, pelan dan perancangan itu penting berikutan negara hari ini berdepan dengan fasa kritikal dengan serangan wabak Covid-19.

“Saya bukan bersifat pesimis terhadap apa yang dirancang kerajaan terutama dari pakej rangsangan ekonomi yang dilaksanakan sebelum ini.

“Tetapi, untuk perkasakan semula ekonomi sudah tentu kerajaan perlu menilai faktor atau asas ekonomi kukuh dan berdaya tahan,” katanya ketika mengambil bahagian pada perbahasan RUU Kewangan di Dewan Negara, hari ini.

Menurut Idris, ekonomi dijangka terus mengukuh dengan permintaan domestik dan luar, manakala kadar penggangguran juga dijangka kembali ke paras 3.5 peratus selepas pelaksanaan beberapa inisiatif mesra kerajaan seperti program subsidi upah.

Namun, katanya, pada sisi lain, beliau juga bimbang keadaan suasana Covid-19 yang masih naik secara mendadak setiap hari, ditambah dengan harga minyak mengalami kejatuhan yang akan memberikan impak besar terhadap ekonomi negara.

Kata beliau, ada beberapa perkara yang boleh menjadikan untuk kerajaan menghadapi, selain daripada kebergantungan kepada sumber daripada Petronas.

“Sebagaimana kita maklum, sumbangan dari Petronas kepada kerajaan sebanyak RM30 bilion, cuma pada tahun selepas 2019, sumbangannya berjumlah RM59 bilion.

“Namun, dengan suasana sekarang kerajaan perlu memikirkan mengenai pelan bagi mengantikan sumber yang sepatutnya diberikan, selain daripada Petronas.

“Kita juga mengharapkan kerajaan mempertingkatkan produktiviti domestik yang seimbangkan antara jurang ekonomi negeri sama ada di Pantai Timur dan Pantai Barat,” katanya.

Beliau memberi contoh, di Pantai Timur Sabah dan Sarawak, kerajaan boleh menjuruskan kepada pembangunan untuk memperbanyakkan sumber pemakanan negara kerana banyak mengimport makanan lebih RM54 bilion tahun 2018, sedangkan tahun 2013 RM43 bilion sahaja.

“Maknanya, dalam masa lima tahun kenaikan sebanyak lima peratus,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Butuh aa smbng kari… Dlm plnjawan PASik sokong semua blnjwan x kira cukup ke idok je senua sokong… Badigol PASial

Comments are closed.