Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed. foto AFFAN FAUZI.

KUALA LUMPUR – Polis Selangor sedang menyiasat satu panggilan oleh individu bergelar ‘Datuk’ yang mahu menganjurkan bantahan beramai-ramai bagi mengecam tindakan polis yang menembak mati empat suspek yang mati ditemvak di Sungai buloh pada Jumaat lalu.

Geng samun bertopeng itu disyaki terlibat dengan 50 kes samun.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya masih menyiasat perkara tersebut termasuk bila dan di mana mereka akan membuat bantahan.

‘Masyarakat tak perlu bimbang mengenai dakwaan lelaki itu kerana keadaan masih terkawal di Sungai Buloh ketika ini,” katanya sambil menambah panggilan itu diterima Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh.

Pada Sabtu lalu, polis berkata, ia sedang menyiasat sama ada empat suspek kes samun itu mempunyai rangkaian kumpulan atau bekerjasama dengan pihak lain bagi menjalankan aktiviti jenayah di Selangor sejak awal tahun ini.

Polis juga menyiasat saki baki suspek yang berkait rapat dengan empat suspek berkenaan dan sedang diburu mereka.

Empat suspek berusia 20-an itu ditembak mati polis selepas cuba merempuh polis dan melarikan diri daripda pemeriksaan polis selepas melakukan samun bersenjata parang di sebuah rumah di Taman Pelangi, Rawang sekitar 12 tengahari pada Jumaat lalu. -MalaysiaGazette

Empat geng topeng dalang 50 kes samun ditembak mati