Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal-Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri bercakap kepada media selepas membuat lawatan ke sebuah kilang menyimpan daging beku di sekitar kawasan Segambut, Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 28 DISEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Kumpulan TH Properties Sdn. Bhd. Damanhuri Mahmod diingatkan tidak lagi menggunakan kata-kata kesat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, nasihatnya itu disampaikan ketika pertemuannya bersama Damanhuri hari ini susulan tindakannya mengeluarkan kata-kata kurang sopan dalam video yang tular baru-baru ini.

“Saya tidak mahu lagi bahasa-bahasa dan tutur kata sebegitu sekalipun kita dalam keadaan marah amat sangat kita kena ikut apa Nabi cakap, siapa beriman maka cakaplah yang baik.

“Kita pun diajar oleh Allah cakap dengan manusia bahawa yang baik,” katanya pada sidang media selepas melawat sebuah kilang sejuk beku makanan di Segambut hari ini.

Sementara itu, Zulkifli berkata, Damanhuri juga telah berjanji untuk tidak mengulanginya.

Katanya lagi, CEO TH Properties itu mahu fokus terhadap pembangunan agar dapat mengembalikan kestabilan TH.

Baru-baru ini tular satu video berdurasi hampir tiga minit menerusi media sosial memaparkan Damanhuri mengeluarkan kata-kata kurang sopan dalam satu mesyuarat yang dipercayai melibatkan kakitangan pentadbiran syarikat hartanah berkenaan.

Dalam kenyataan sama, TH Properties kesal dengan pengambilan dan penyebaran video mesyuarat yang hanya melibatkan kakitangan pengurusan terpilih itu kerana jelas bertentangan dengan polisi syarikat.

Semalam, Damanhuri memohon maaf dan menyatakan bahawa kata-katanya itu tidak mencerminkan nilai syarikat tersebut. -MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Si Damanhuri tu tak sesuai duduk dlm TH. Cakap macam orang tak ada agama. Malu la sikit. Letak jawatan je la kalau ada lagi maruah diri..!

  2. Tak setuju dgn pendapat tuan. Dia salah dr segi pertuturan tp apa yg dia mengamuk tu betul. Dia mengamuk kpd syarikat yg diberi amanah tp gagal jalan amanah. Duit org nak buat haji jd bazir sbb syarikat camtu. Ini lebih baik berbanding CEO GLC lain yang tak amik pusing untung rugi syarikat, pasif dan lena atas kerusi empuk.
    Kurang2 nya lepas ni org luar tak berani dah main main dgn TH Properties.

  3. Berlemah lembut dn tegas…perlu ada kesesuaian pada masa dn situasi….
    Tapi jgn sampai terpaksa berlembut atas sebab2 berkepentingan…..

  4. BILA DUNIA MEWAH,JAWATAN,PANGKAT,GELARAN SEBAGAINYA MENJERAT TENGKOK,INILAH HASILNYA MAKHLUK2 YANG KONONNYA MENJAGA AGAMA ISLAM..DARI PEMERINTAH TERTINGGI,MENTERI2,DAN JUSA2..SEMUA HIDUP MELANTAK DUNIA,WAJIB TINGGALKAN MAKHLUK NI SEMUA,.

Comments are closed.